Kelebihan dan kandungan RIZQ Collagen (Acai Berry + Marine Collagen + Vitamin C)


Apa Kandungan RIZQ Collagen?

Kolagen berasaskan ikan laut dalam yang diproses melalui proses hidrolisis dan dirumus khas dengan Vitamin C serta buah-buahan beri.

Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi30% daripada keseluruhan protien di dalam badan. Ia menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan. Kolagen terdapat pada kornea, kanta mata, kulit, salur darah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon ,rawan sendi, gigi, hati, tulang sum-sum, tisu dan organ seperti buah pinggang, jantung serta sistem limfatik. Kolagen membentuk asas kepada sel membran dasar (serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang) kanta mata, atau endothelium yang melapisi permukaan interior pembuluh darah.

Vitamin C mampu memperkukuhkan sistem imunisasi badan. Kajian saintifik telah membuktikan bahawa Vitamin C mampu melindungi kulit daripada kerosakan disebabkan pancaran UV.

Acai Berry merupakan sumber yang kaya dengan antioksidan. Ia terbukti mampu menghapuskan radikal bebas (sisa berbahaya yang menyebabkan kanser) serta mengekalkan kesihatan tubuh badan di tahap optimum.



Kesan Kolagen Pada Tubuh Badan..
  1. Memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
  2. Memelihara kelembapan kulit
  3. Menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
  4. Menguatkan otot dan tulang
  5. Membantu hati dalam proses detoksifikasi(buang toksin)
  6. Memelihara kelenturan sendi
  7. Mengurangkan keradangan.
  8. Memberi tenaga
  9. Membantu pola tidur
  10. Memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.